Masakan Turki

Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan
Teknik penyediaan dan perkakas masak
Perkakas dapur - Teknik
Timbang dan ukur
Ramuan dan jenis makanan

Makanan
Masakan vegetarian
Herba dan Rempah
Keju - Pasta - Pencuci mulut
Roti - Sos - Sup - Teh
Ramuan-ramuan lain

Makanan wilayah
Afrika - Asia - Asia Selatan
Amerika Latin - Amerika Utara
Caribbean - Eropah
Tengah Timur
Makanan-makanan lain...
Lihat juga:
Dapur - Hidangan
Tukang masak terkenal
Wikibuku: Buku masakan

Masakan Turki (Jawi: ماسقن توركي) mewarisi warisan Uthmaniyyah yang boleh diperihalkan sebagai gabungan dan penghalusan masakan-masakan Turki, Arab, Parsi, India, Pakistan dan Romania, Albania, Yunani, Bulgaria, Brazil dan Portugal . Masyarakat Uthmaniyah menyatukan berbagai-bagai tradisi masakan alam mereka, bersama-sama dengan unsur-unsur Turki dari Asia Tengah seperti yogurt. Oleh itu, Empayar Turki Uthmaniyah mencipta sekumpulan besar hidangan yang amat teknikal dan mengagumkan. Tambahan pula, berbagai-bagai kawasan Empayar Turki Uthmaniyah dapat diperlihatkan mengandungi sedikit sebanyak hidangan-hidangan Utimahiyyah yang beraneka.

Pada keseluruhannya, masakan Turki tidak homogenous. Selain dari keistimewaaan masakan Turki umum yang dapat dijumpai sepanjang negara, ada juga keistimewaan bertentukan daerah. Masakan daerah Laut Hitam (iaitu di Turki utara) beasaskan tepung dan ikan bilis. Pada tenggara—Urfa, Gaziantep dan Adana—masyhur dengan kebab, meze dan pencuci mulut asas tepung seperti baklava, kadayıf dan künefe. Terutamanya di bahagian-bahagian barat Turki, di mana pokok zaitun dibesarkan secara sangat besar, minyak zaitun adalah jenis minya kutama digunakan untuk masakan. Masakan-masakan daerah Aegean, Marmara and Mediterranean memaparkan ciri-ciri asas masakan Mediterranean sebagaimana mereka kaya dengan sayur-sayuran, herba dan ikan. Anatolia Tengah masyhur dengan keistimewaan pastrinya seperti keşkek (kashkak), mantı (terutamanya Kayseri) dan gözleme.

Nama-nama keistimewaan kadang-kadang termasuk nama suatu bandar atau daerah (sama ada di Turki atau di luar). Ini bercadangkan suatu masakan adalah keistimewaan daerah itu. Contohnya, perbezaan di antara Urfa kebab dan Adana kebab adalah kegunaan bawang putih daripada bawang merah dan bilangan lebih besar lada pedas yang kebab mengandungi.