Masakan Barat Laut Pasifik
Masakan Barat Laut Pasifik ialah masakan Amerika Utara di:
- Negeri Oregon, Washington dan Alaska di Amerika Syarikat; dan
- Wilayah British Columbia, dan Yukon selatan di Kanada.
Masakan ini membayangkan komposisi etnik kawasan tersebut, dengan pengaruh yang ketara daripada tradisi Asia dan tradisi Orang Asli Amerika. Pike Place Market di Seattle dianggap sebagai "pusat" untuk gaya masakan ini, walaupun Portland dan Vancouver juga merupakan bandar raya yang terpengaruh.
Bahan makanan yang umum dalam masakan Barat Laut Pasifik termasuk:
- Salmon;
- Kerang-kerangan dan makanan laut yang lain;
- Binatang liar seperti moose, elk, dan karibu;
- Cendawan, beri, dan buah-buahan kecil;
- Kentang dan tumbuhan liar seperti pucuk paku atau juga pushki yang muda.
Menyalai ikan atau menggril makanan laut pada papan sedar merupakan teknik yang sering digunakan untuk masakan ini.
Terdapat penekanan yang umum untuk menggunakan bahan-bahan makanan yang segar yang disediakan secara sederhana, tetapi berbanding dengan gaya makanan yang lain, terdapat berbagai-bagai resipi untuk setiap hidangan masakan Barat Laut Pasifik, dengan tiada satu yang dianggap lebih baik daripada yang lain. Ini menyebabkan sesetengah penulis makanan menyoal adakah masakan Barat Laut Pasifik benar-benar merupakan satu "masakan" daripada segi tradisional istilah itu.