Marussia F1

Marussia-Cosworth
Nama penuhMarussia F1 Team
PangkalanBanbury, Oxfordshire, United Kingdom
Ketua pasukanJohn Booth
Graeme Lowdon
Pengarah teknikalPat Symonds
Laman sesawangmarussiaf1team.com
Nama terdahuluMarussia Virgin Racing
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Australia 2012
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai30
Kejuaraan Pengeluar0
Kejuaraan Pemandu0
Kemenangan0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Kedudukan 2012Ke-11 (0 mata)

Marussia F1 Team (nama dagangan untuk Manor Grand Prix Racing Limited, yang merupakan sebuah anak syarikat Marussia Motors) ialah sebuah pasukan Formula Satu Anglo-Rusia yang berpangkalan di Banbury di United Kingdom.

Pasukan bertanding sebagai "Marussia" buat kali pertama pada musim 2012, berikutan pembelian Marussia Motors pada lewat tahun 2010. Pasukan ini dahulunya bertanding sebagai "Marussia Virgin Racing" pada tahun 2011 dan "Virgin Racing" pada tahun 2010. Marussia merupakan pasukan Formula Satu yang ketiga untuk bertanding dengan lesen Rusia, selepas Midland dan Virgin (yang menggunakan lesen Rusia selepas berganding bahu dengan Marussia pada tahun 2011).