Martabak
| Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
Martabak atau murtabak (Jawi: مرتابق, pinjaman Arab: مطبق, rumi: muṭṭabaq, lit. 'terlipat' terbitan kata kerja dasar طَبَّقَ ṭabbaqa "menutup") ialah sejenis makanan berlauk terdiri daripada roti berupa roti canai yang berlapis dengan inti daging cincang, telur, rempah, bawang dan sebagainya. Ia dijual di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Thailand, dan juga di Semenanjung Arab termasuk Arab Saudi dan Yaman. Salah satu akal adalah ia mungkin datang daripada pendatang Muslim India dari Tamil Nadu yang bertempat di Asia Tenggara dan Semenanjung Arab.
Nama dan bahan yang digunakan berbeza mengikut tempat, namun ia tetap menjadi makanan jalanan terkenal se-Nusantara, terutama sekali di Malaysia, Singapura dan Indonesia.