Marriott International

Marriott International, Inc.
Nama asliMarriott International 
Dinamakan sempenaJ. Willard Marriott 
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS5719032022 
IndustriHospitaliti
PendahuluMarriott Corporation 
Ditubuhkan1927 (1927)
Washington, D.C., A.S.
PengasasJ. Willard Marriott
Alice Marriott
Ibu pejabatBethesda, Maryland, A.S.
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingBill Marriott
(Pengerusi Eksekutif)
Arne M. Sorenson
(Presiden dan CEO)
KeluaranHotel, penginapan
Hasil US$22.894 bilion (2017)
Pendapatan kendalian US$2.359 bilion (2017)
Pendapatan bersih US$1.372 bilion (2017)
Jumlah aset US$23.948 bilion (2017)
Jumlah ekuiti US$3.731 bilion (2017)
PemilikKeluarga Marriott (25%)
Bilangan kakitangan~177,000 (Disember 2017)
Anak syarikatMarriott
Starwood
Ritz-Carlton
Le Méridien
Tapak webmarriott.com
sunting · sunting di Wikidata

Marriott International merupakan sebuah syarikat hospitaliti multinasional Amerika yang mengendalikan dan menguruskan francais portfolio hotel yang luas dan kemudahan penginapan yang berkaitan. Ditubuhkan oleh J. Willard Marriott, syarikat itu kini dipimpin oleh anaknya, Pengerusi Eksekutif Bill Marriott, dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Arne Sorenson.

Beribu pejabat di Bethesda, Maryland, di kawasan metropolitan Washington, D.C., Marriott International merupakan rantaian hotel terbesar di dunia. Ia mempunyai lebih dari 6,500 hartanah di 127 negara dan wilayah di seluruh dunia, lebih 1.2 juta bilik (sehingga September 2017), dan tambahan 195,000 bilik dalam saluran pembangunan. Pada 2017, Marriott menerima ranking #33 di dalam senarai "100 Best Companies to Work For" oleh Fortune, kemunculannya ke-20 dalam senarai.