Marriott Hotels & Resorts
| Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
|---|---|
| Industri | Perhotelan |
| Ditubuhkan | 1957 |
| Pengasas | J. Willard Marriott |
| Ibu pejabat | Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat |
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| Syarikat induk | Marriott International |
| Tapak web | www.marriott.com |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Marriott Hotels & Resorts ialah jenama hotel dan penginapan Marriott International. Syarikat yang beribu pejabat di Bethesda, Maryland ini kerap disenaraikan dalam senarai tempat kerja terbaik versi Forbes, dan menjadi tempat kerja terbaik keempat di United Kingdom, versi The Times pada tahun 2009.
Sehingga 31 Disember 2018, terdapat 567 hotel dan penginapan dengan jumlah 201.366 bilik beroperasi di bawah jenama ini. Program kesetiaan jenama ini ialah Marriott Bonvoy.