Mark Adam
Mark Adam | |
|---|---|
| Kelahiran | Mark Macaraig Echivarre 15 Oktober 1979 |
| Warganegara | Filipina |
| Nama lain | Fikri Mark Adam Abdullah |
| Pekerjaan | Penyanyi, komposer, pelakon, pelawak, penyampai radio |
| Tahun aktif | 2012–kini |
| Pasangan | Norazah Redzuan (k. 2003) |
| Anak-anak | 5 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Mixology Music Rusa Music Suria Records |
| Kegiatan berkaitan | Ainan Tasneem, W.A.R.I.S, Juzzthin, Eleena Harris, Qierra, Eyza Bahra |
Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Bin Abdullah (dilahirkan sebagai Mark Macaraig Echivarre; 15 Oktober 1979) merupakan penyanyi, komposer, pelakon, pelawak dan penyampai radio Filipina yang bermastautin di Malaysia. Dilahirkan di Cebu, Filipina dan beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.
Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telahpun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia. Beliau juga banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonan beliau ialah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta dan yang terbaru pada tahun 2017 ialah Biniku Ninja. Drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama, penulisan Azlan Andi berdasarkan kisah hidup beliau.