Maria Menado


Maria Menado
Gambar potret Maria Menado.
Kelahiran
Liesbet Dotulong

(1932-02-02) 2 Februari 1932
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit
Tahun aktif1951–2015
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Maria Menado Production
PasanganA.Razak Sheikh Ahmad (k. 1950; c. 1963)

Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin (k. 1963; c. 1974)

Y.Bhg Dato' Dr. Mohd Husain Yusof (k. 1978; c. 2000)
Anak-anakMutiara bt A.Razak
Sultan bin A.Razak
YAM Tengku Norashikin Sultan Abu Bakar
YAM Tengku Idris Sultan Abu Bakar
YAM Tengku Baharuddin Sultan Abu Bakar

Yang Hormat Dato' Sri Maria Menado atau Maria Abdullah (nama asal beliau Liesbet Dotulong) dilahirkan pada 2 Februari 1932, merupakan seorang bintang filem Melayu yang termasyhur antara 1951 dan 1963. Maria Menado berhijrah ke Singapura dan bertukar agama ke Islam ketika berusia 19 tahun dan berkahwin dengan promoter tinju dan juga penulis skrip, A Razak Sheikh Ahmad.

Peranannya sebagai puntianak dalam filem "Pontianak", yang merupakan filem seram tempatan yang sulung, memberikannya kemasyhuran dalam dunia filem tempatan pada tahun 1957. Pada tahun itu, beliau digelarkan "Wanita Terjelita Malaya" oleh Times Magazine serta "Wanita Berpakaian Paling Menarik di dalam Asia Tenggara" oleh United Press International, sebuah pertubuhan berita.