Marcia Fudge

Marcia Fudge
Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar Amerika Syarikat ke-18
Menyandang jawatan
10 Mac 2021
PresidenJoe Biden
Didahului olehBen Carson
Anggota Dewan Perwakilan A.S.
dari daerah ke-11 Ohio
Dalam jawatan
18 November 2008 – 10 Mac 2021
Didahului olehStephanie Tubbs Jones
Digantikan olehTBD
Datuk Bandar Warrensville Heights
Dalam jawatan
16 Januari 2000 – 18 November 2008
Didahului olehClinton Hall
Digantikan olehWilliam Pegues
Maklumat peribadi
Lahir
Marcia Louise Fudge

(1952-10-29) 29 Oktober 1952
Cleveland, Ohio, A.S.
Parti politikDemokrat
PendidikanUniversiti Negeri Ohio
Universiti Negeri Cleveland
Laman webLaman web di DP A.S.

Marcia Louise Fudge (lahir 19 Oktober 1952) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar sejak 2021. Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai anggota Dewan Perwakilan A.S. dari daerah ke-11 Ohio dari tahun 2008 hingga 2021. Seorang ahli Demokrat, beliau memenangi pilihan raya istimewa 2008 tanpa bertanding, menggantikan Stephanie Tubbs Jones yang meninggal dunia semasa memegang jawatan.

Fudge ialah pengerusi Kaukus Kongres Kulit Hitam di Kongres ke-113.

Presiden terpilih, Joe Biden berhasrat untuk mencalonkan Fudge sebagai setiausaha perumahan dan pembangunan bandar di bawah pentadbiran Biden. Jawatankuasa Senat mengenai Perbankan, Perumahan, dan Pembangunan Bandar mengesahkan pencalonannya dengan suara 17-7 pada 4 Februari 2021. Fudge disahkan menjawat oleh Senat Amerika Syarikat pada 10 Mac 2021, dengan undian 66-34. Beliau diangkat sumpah oleh naib presiden Kamala Harris pada 10 Mac 2021. Setelah mengangkat sumpah jawatan, dia menjadi wanita Afrika-Amerika pertama yang berkhidmat sebagai Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar sejak Patricia Roberts Harris meninggalkan pejabat pada tahun 1979.