Manuskrip Timbuktu

Manuskrip Timbuktu merujuk kepada 700,000 dokumen Afrika Zaman Pertengahan yang memuatkan beberapa jenis penulisan daripada karya-karya kesarjanaan sehinggalah surat-surat singkat yang terpelihara dan dimiliki orang awam di Timbuktu. Manuskrip-manuskrip tersebut diturunkan sebagai pusaka keluarga dan berada dalam keadaan buruk. Sebahagian daripada manuskrip tersebut ditulis pada abad ke-13 Masihi.

Dengan kemerosotan pendidikan Arab di Mali berikutan pemerintahan Perancis minat terhadap manuskrip lama turut merosot di Timbktu sehinggakan banyak manuskrip dijual. Majalah Time mengisahkan seorang imam yang membeli empat manuskrip dengan bayaran $50 (Dolar AS) setiap satu. Pada Oktober 2008, satu daripada rumah di Timbuktu dilanda banjir yang memusnahkan 700 manuskrip.

Sebahagian besar manuskrip ditulis dalam Bahasa Arab, atau bahasa-bahasa Afrika yang ditulis menggunakan skrip Arab, atau menggunakan abjad skrip Arab yang diubah suai sebagai versi Afrika, yang digelar "Skrip Ajami". Bahasa-bahasa tempatan bertulis yang terdapat dalam manuskrip termasuk bahasa Songhay dan Tamasheq. Manuskrip-manuskrip ini berkaitan pelbagai tajuk, termasuk matematik, sains, falsafah, Islam, astronomi, undang-undang dan juga kontrak.