Manuel Pellegrini

Manuel Pellegrini
Pellegrini pada tahun 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Manuel Luis Pellegrini Ripamonti
Tarikh lahir (1953-09-16) 16 September 1953
Tempat lahir Santiago, Chile
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1973–1986 Universidad de Chile 451 (7)
Pasukan kebangsaan
1973–1986 Chile 28 (1)
Pasukan diurus
1988–1989 Universidad de Chile
1990–1992 Palestino
1992–1993 O'Higgins
1993–1995 Universidad Católica
1998 Palestino
1999–2000 LDU Quito
2001–2002 San Lorenzo
2002–2003 River Plate
2004–2009 Villarreal
2009–2010 Real Madrid
2010–2013 Málaga
2013–2016 Manchester City
2016–2018 Hebei China Fortune
2018–2019 West Ham United
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Manuel Luis Pellegrini Ripamonti (Sebutan Sepanyol: [maˈnwel peleˈɣɾini]; lahir 16 September 1953) merupakan seorang pengurus bola sepak Chile dan bekas pemain bola sepak. Paling terkini beliau merupakan bekas pengurus kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United. Dia pernah mengurusi pasukan di Sepanyol, Argentina, Chile dan Ecuador. Dia juga merupakan seorang jurutera awam. Selepas bersara sebagai pemain, dia berpindah ke bahagian kejurulatihan di negara asalnya, Chile dan kemudiannya Argentina. Pellegrini telah memenangi liga kebangsaan di empat negara berbeza.

Pellegrini berpindah ke Eropah pada tahun 2004 untuk mengambil alih jawatan pengurus di Villarreal, sebuah kelab berhampiran Valencia. Di bawah Pellegrini, Villarreal berjaya menduduki tempat ketiga La Liga pada musim 2004–05, layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2005–06 dan berjaya muncul naib juara La Liga pada musim 2007–08.

Rekod konsisten Pellegrini di Villarreal mendapat perhatian Real Madrid dan dia dilantik sebagai pengurus di sana pada tahun 2009. Dia berjaya mengumpulkan sebanyak 96 mata, satu rekod kelab sebelum dilepasi oleh José Mourinho pada musim 2011-12 tetapi gagal menjuarai liga selepas hanya ketinggalan tiga mata dibelakang Barcelona. Dia dikeluarkan selepas semusim dan kemudiannya menuduh polisi Galácticos di Real yang menghalangnya daripada membina satu pasukan yang seimbang.

Pellegrini kemudiannya mengambil alih peranan pengurus di Málaga pada bulan November 2010. Dia membawa Málaga ke tempat keempat liga dalam musim penuh pertamanya dan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah. Dia berjaya membawa mereka ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2012–13, menjadikan dia satu-satunya pengurus yang berjaya membawa dua pasukan berbeza ke peringkat suku akhir dalam musim pertama mereka dalam pertandingan itu. Pada 22 Mei 2013, Pellegrini mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Málaga pada akhir musim 2012–13. Pada 14 Jun 2013, dia dilantik sebagai pengurus Manchester City dengan kontrak tiga tahun. Pada 11 Mei 2014, bersama Manchester City, dia menjadi pengurus utama dari luar Eropah untuk memimpin pasukan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.