Mantin

Mantin
Pekan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahSeremban
MukimSetul
Pentadbiran
 • Menteri BesarAminuddin Harun
 • Datuk BandarMasri Razali
Poskod
71700 Mantin
Kod kawasan+606

Mantin (kini juga dikenali sebagai Setul) adalah sebuah pekan terletak kira-kira 15 kilometer di utara Seremban, Negeri Sembilan. Ia merupakan bandar keempat utama di Daerah Seremban dan berperanan sebagai Pusat Petempatan Utama di kawasan utara Daerah Seremban. Sejak Januari 2020, Mantin ditadbir di bawah Majlis Bandaraya Seremban, selepas penggabungan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai. Ia terletak di jalan utama yang menghubungkan Kajang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan. Pekan ini menjadi simpang untuk ke Lenggeng di sebelah timur, ke Pajam di sebelah barat, ke Beranang di utara dan Bukit Mantin di sebelah selatan.