Manir
Manir ialah sebuah pekan yang terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Demografi kawasan ini merupakan kawasan majoriti bangsa Melayu iaitu 99.0 peratus sementara yang lain terdiri daripada penduduk kaum Cina dan lain-lain warga asing seperti Bangladesh, Myammar, Pakistan. Mukim Manir terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Manir asal (Manir pasar dan kampung sekitarnya) dan Kampung Manir Kubang Jela. Penduduk pekan ini dianggarkan berjumlah lebih 10,000 orang pada tahun 2024.
Manir juga adalah merujuk kepada DUN Manir yang meliputi kawasan kampung Manir dan sekitar. Secara teknikalnya Manir diletakkan dibawah Parlimen Hulu Terengganu bagi tujuan pilihanraya walaupun berada dalam daerah pentadbiran Parlimen Kuala Terengganu. Kini melaluipersempadanan semula, Dun Manir dipecahkan kepada dua iaitu Dun Manir di bawah Parlimen Hulu Terengganu dan Dun Buluh Gading di bawah Parlimen Kuala Nerus.