Manifesto Komunis

Manisfesto Komunis
Edisi pertama buku, dalam bahasa Jerman.
Umum
PengarangKarl Marx dan Friedrich Engels
NegaraJerman
BahasaAsalnya dalam Bahasa Jerman, seterusnya ke dalam bahasa lain.
GenreSejarah, sosiologi, falsafah
Tarikh penerbitan
21 Februari 1848

Manisfesto Komunis, asalnya bertajuk Manifesto Parti Komunis (Bahasa Jerman: [Manifest der Kommunistischen Partei] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)) ialah penerbitan ringkas 1848 yang ditulis oleh ehli teori politik Marxisme Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels.Ia telah diiktiraf sebagai salah satu manuskrip politik yang paling berpengaruh di dunia. Ditauliahkan oleh Liga Komunis,ia meletakkan tujuan dan program Liga terbabit. Ia membentangkan pendekatan analitikal kepada perjuangan kelas (sejarah dan masa kini) dan masalah-masalah kapitalisme, berbanding ramalan potensi bentuk masa depan komunisme.

Manifesto Komunis meringkaskan teori Marx dan Engel berkenaan masyarakat dan politik, iaitu "sejarah masyarakat sehingga kini adalah sejarah perjuangan kelas." Manuskrip ini juga secara ringkas membentangkan idea mereka tentang bagaimana masyarakat kapitalis pada waktu itu akan akhirnya diganti oleh sosialisme. Di perenggan terakhir Manifesto, pengarang menyeru "penggulingan secara paksa segala kondisi sedia ada masyarakat," di mana menjadi seruan revolusi komunis di seluruh dunia.

Pada 2013, Komunis Manifesto didaftarkan di bawah Program Memori Dunia UNESCO bersama manuskrip oleh Marx iaitu Kapital, Jilid I.