Friedrich Engels

Friedrich Engels (Barmen, Wuppertal, Jerman, 28 November 1820 - London, 5 Ogos 1895) adalah sahabat karib Karl Marx. Mereka berdua sering disebut "Bapa Pendiri Komunisme". Beliau menulis buku Situasi Kelas Buruh di England (1845) di mana beberapa idea yang berhubungan dengan Marxisme sudah kelihatan. Bersama Karl Marx beliau menulis Manifesto Parti Komunis (1848). Setelah Karl Marx meninggal, beliaulah yang menerbitkan jilid-jilid lanjutan bukunya yang terpenting Das Kapital.