Manchester United F.C.

Manchester United
Nama penuhManchester United Football Club
Gelaran
  • The Red Devils
  • United
Nama pendekMan United
Man Utd
MUFC
Diasaskan1878 (1878), sebagai Newton Heath LYR F.C.
24 April 1902 (1902-04-24), sebagai Manchester United F.C.
StadiumOld Trafford
(Kapasiti: 74,310)
PemilikManchester United plc (72.3%)
Trawlers, Ltd. (27.7%)
Pengerusi bersama
PengurusRuben Amorim
LigaLiga Perdana Inggeris
2023–24Liga Perdana Inggeris, ke-8 dari 20
Tapak sesawang[manutd.com Laman kelab]
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Manchester United Football Club adalah sebuah klub sepak bola profesional yang berbasis di Old Trafford, Manchester Raya, Inggris, dan bermain di Liga Utama Inggris. Klub ini memiliki 20 gelar Liga Inggris dengan 13 di antaranya di era Liga Utama, terbanyak sepanjang masa. Ditubuhkan sebagai Newton Heath LYR Football Club pada tahun 1878, klub ini bertukar nama menjadi Manchester United pada 1902 dan pindah ke Old Trafford pada tahun 1910.

Di peringkat tempatan, Manchester United telah memenangi rekod 20 kejuaraan Liga, 12 Piala FA, enam Piala Liga, dan rekod 21 Perisai Komuniti FA. Untuk kejohanan bola sepak antarabangsa pula mereka telah memenangi Piala Eropah/Liga Juara-Juara UEFA tiga kali, dan Liga Europa UEFA, Piala Pemenang Piala UEFA, Piala Super UEFA, Piala Intercontinental serta Piala Dunia Kelab FIFA sekali. Pada tahun 1968, di bawah kendalian Matt Busby, 10 tahun selepas lapan pemain kelab itu terbunuh dalam tragedi nahas udara Munich, mereka menjadi kelab Inggeris pertama memenangi Piala Eropah. Sir Alex Ferguson ialah pengurus yang paling lama berkhidmat dan paling berjaya di kelab ini, dia memenangi 38 trofi, termasuk 13 kejuaraan liga, lima Piala FA, dan dua gelaran Liga Juara-Juara antara 1986 dan 2013. Pada musim 1998–99, di bawah Ferguson, kelab ini menjadi yang pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris yang berjaya meraih trebel di Eropah iaitu Liga Perdana, Piala FA, dan Liga Juara-Juara UEFA. Dengan memenangi Liga Europa UEFA di bawah kendalian Jose Mourinho pada musim 2016–17, mereka menjadi salah satu daripada lima kelab yang telah memenangi tiga pertandingan utama kelab UEFA yang asal: (Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala Pemenang Piala).

Manchester United ialah salah satu kelab bola sepak yang paling mendapat sokongan meluas di dunia dan ada persaingan yang ketat dengan saingan satu bandarnya, Manchester City. Manchester United ialah kelab bola sepak yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia untuk musim 2016–17, dengan pendapatan tahunan sebanyak €676.3 juta, dan kelab bola sepak ketiga paling bernilai di dunia pada tahun 2019, dinilai pada jumlah £3.15 bilion ($3.81 bilion). Selepas dijual ke Bursa Saham London pada tahun 1991, kelab ini telah diambil alih secara persendirian pada tahun 2005 selepas dibeli oleh ahli perniagaan Amerika Malcolm Glazer yang dianggarkan bernilai hampir £800 juta, di mana lebih £500 juta wang yang dipinjam menjadi bebanan hutang kepada kelab. Mulai 2012, beberapa saham kelab telah disenaraikan di Bursa Saham New York.