Malcolm Young
Malcolm Mitchell Young (lahir 6 Januari 1953) merupakan pemain gitar Australia. Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan hard rock, AC/DC. Young meninggalkan kumpulan tersebut pada April 2014 untuk menerima rawatan demensia. Pada September 2014, pengurusan kumpulan tersebut mengumumkan Young tidak lagi menganggotai kumpulan AC/DC.
Young merupakan abang kepada Angus Young dan adik kepada George Young.