Malaysia di Sukan Asia 2006

Malaysia di
Sukan Asia 2006
Kod IOCMAS
NOCMajlis Olimpik Malaysia
di Doha
Peserta244 dalam 23 sukan
Pembawa benderaJosiah Ng
Pingat
Kedudukan ke-11
Emas
8
Perak
17
Gangsa
17
Jumlah
42
Penampilan Sukan Asia (keseluruhan)

Malaysia telah bertanding dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar dengan diwakili oleh 244 atlet yang bertanding dalam 23 daripada 39 sukan yang disediakan. Antara sukan popular ialah akuatik, olahraga, badminton, bina badan, boling, berbasikal, hoki, bola sepak, golf, gimnastik, kabaddi, karate, sepak takraw, skuasy, pingpong, taekwondo, angkat berat dan wusyu. Atlet dari Malaysia memenangi keseluruhan 42 pingat (termasuk lapan emas), dan merangkul tempat kesebelas. Abdullah Sani Karim adalah ketua rombongan.