Malaran tak geser lelangit

Nombor AFA153
Pengekodan
X-SAMPAj
Imej
Sampel audio
sumber · bantuan

Malaran tak geser lelangit ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara j dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan j dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa Melayu, malaran tak geser lelangit dilambangkan oleh huruf y, contohnya: ya dan saya. Dalam IPA, huruf j digunakan sempena penggunaannya dalam kebanyakan bahasa Eropah Utara, Tengah dan Timur, misalnya dalam bahasa Jerman, Jahr ("tahun"). Bunyi ini difahamkan tidak wujud pada suku kata awal bahasa Melayu Kuno – kata-kata pinjaman Sangsakerta dengan fonem ini dipelatkan naik belakang gusi berbunyi letus /dʒ/ (misalnya جاسjasa dari यशस् yaśas) sehingga meluasnya penyebaran agama Islam yang mengalakkan pendidikan bahasa Arab dengan huruf ي‎ ya.