Letusan lelangit-gusi bersuara

IPA – nombor 104 (135)
IPA – teks d͡ʒ
IPA – imej
Entiti ʤ
X-SAMPA dZ
Kirshenbaum dZ
Contoh bunyi

Letusan lelangit-gusi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara d͡ʒ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan dZ dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa Melayu, letusan lelangit-gusi bersuara dilambangkan oleh huruf Rumi j (contohnya: jajah, anjak dan caj) seperti yang disetujui dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan dibangunkan bersama Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972. Sebelum tahun 1972, ia hanya diwakili mengikut gaya ejaan diperkenalkan hasil pengaruh Barat - Ejaan Rumi Baharu di Malaysia mengeja bunyi ini dengan dwilambang j mengikut kelaziman bahasa Inggeris dipelopori Richard James Wilkinson manakala sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang dj mengikut kelaziman bahasa Belanda. Bunyi konsonan ini turut diwakili huruf Jawi جjim.