Maktab Rendah Sains MARA Langkawi
6°20′27″N 99°52′06″E / 6.34081°N 99.86835°E
| Maktab Rendah Sains MARA Langkawi مكتب رنده ساءين س مارا لڠكاوي | |
|---|---|
| Alamat | |
| KM 4 Jalan Ayer Hangat Langkawi, 07000, Kedah Malaysia | |
| Maklumat | |
| Nama lain | MRSM Langkawi |
| Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
| Ditubuhkan | Februari 1999 |
| Status | Aktif |
| Pengetua | Ustaz Lokman Annas Bin Othman |
| Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Annies Yus Umaimah binti Yusof |
| Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar/Perkhidmatan | En. Muhd Nor Khusyairy bin Muhammad Khariri |
| Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | Ustaz Mohd Rasdi bin Muda |
| Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
| Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
| Slogan | Be One to be Number One |
| Nama alumni | ANSARA Langkawi |
| Laman sesawang | langkawi |
Pintu depan MRSM Langkawi | |
| Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022 | |
Maktab Rendah Sains MARA Langkawi (singkatan: MRSM Langkawi) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di pulau Langkawi, Kedah. MRSM Langkawi merupakan MRSM yang ke-25 ditubuhkan di Malaysia. Pembinaan MRSM ini telah dilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Mahathir Mohamad. Kedudukan MRSM Langkawi yang terletak di pinggir hilir bukit, memberikan susana yang aman, selesa, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk belajar. MRSM ini terletak di Jalan Ayer Hangat dan juga hanya beberapa kilometer daripada pekan Kuah (bandar utama di Langkawi) meletakkan MRSM Langkawi di kedudukan yang strategik di Pulau Langkawi ini.