Makaroni

Makaroni
Макароны 
JenisPasta
Tempat asalItali (makaroni moden)
Bahan utamaGandum durum
Bahan yang biasa digunakanTepung gandum 
sunting · sunting di Wikidata

Makaroni atau laksa geronggang ialah sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit, berasal dari Itali, dibuat daripada gandum durum, biasanya tidak ditambah telur dalam adunannya. Adunan ia biasanya dipotong pendek; jika dipotong panjang dengan lengkung ia biasanya dipanggil makaroni siku.

Makaroni biasanya dibuat secara komersil dengan penyemperitan skala besar, sepertimana banyak jenis pasta lain; namun ada juga kelengkapan yang memudahkan pasta jenis ini boleh dibuat di rumah. Bentuk melengkung yang kelihatan pada pasta ini disebabkan kelajuan yang berbeza pada bahagian berlawanan tiub pasta apabila ia keluar daripada mesin.