Masakan Jepun

Masakan Jepun (日本料理, nihon ryōri, nippon ryōri) (Jawi: ماسقن جڤون) adalah makanan yang dimasak dengan cara memasak yang dimajukan secara unik di Jepun dan menggunakan bahan-bahan makanan yang diambil dari wilayah Jepun dan sekitarnya. Dalam bahasa Jepun, makanan Jepun disebut nihonshoku atau washoku.

Sushi, tempura, shabu-shabu, dan sukiyaki adalah makanan Jepun yang popular di luar Jepun, termasuk di Malaysia.