Susyi
Susyi atau sushi (Jepun: すし, 寿司, 鮨, 鮓) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi cuka (鮨飯, sushi-meshi) dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti-inti tersebut boleh dimakan mentah, dimasak atau diperam.