Majlis Bandaraya Alor Setar

Majlis Bandaraya Alor Setar
مجلس بندارايا الور ستار
bahasa Inggeris: Alor Setar City Council
Cina: 亚罗士打市政厅
Tamil: அலோர் ஸ்டார் மாநகராட்சி
Sejarah
Didahului oleh
Majlis Bandaraya Kota Setar
Kepimpinan
Datuk Bandar
YANG BERBAHAGIA DATO’ HAJI ABDUL GAFAR BIN YAHYA, DIMP., SDK., AMK., AMN., BCK. (since February 2025)
Setiusaha Bandaraya
EN. NASRANKAMIL BIN NOH, AMK., BCK.
Moto
Bandaraya Berdayahuni 2035
Tempat persidangan
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah, Malaysia
pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-bandaraya-alor-setar/
sunting

Majlis Bandaraya Alor Setar(Singkatan MBAS) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandaraya Alor Setar, Kedah. Majlis bandaraya ini ditubuhkan pada 21 Disember 2023 selepas Alor setar dikurniakan status bandar raya. Bidang kuasa MBAS meliputi kawasan seluas 33 kilometer dan mentadbir seluruh daerah Kota Setar (di mana pusat bandar Alor Setar terletak) serta daerah pokok sena.

Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. .