Maimunah Mohd Sharif
Maimunah Mohd Sharif | |
|---|---|
| Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15 | |
| Menyandang jawatan 15 Ogos 2024 | |
| Didahului oleh | Kamarulzaman Mat Salleh |
| Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) | |
| Dalam jawatan 20 Januari 2018 – 19 Januari 2024 | |
| Didahului oleh | Joan Clos |
| Pemangku Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Nairobi (UNON) | |
| Dalam jawatan Januari 2019 – 8 Januari 2020 | |
| Didahului oleh | Hanna Tetteh |
| Digantikan oleh | Zainab Bangura |
| Datuk Bandar Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan Julai 2017 – Disember 2017 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 26 Ogos 1961 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Tempat belajar | Institut Sains dan Teknologi Universiti Wales |
| Laman web | unhabitat |
Yang Berbahagia Dato' Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif (lahir 26 Ogos 1961) ialah seorang perancang bandar di Malaysia. Beliau ialah Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat). Beliau bermula pada Januari 2018 dan menjadi wanita Asia pertama berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat. Pada 20 Januari 2022, beliau dipilih semula, untuk penggal dua tahun yang berakhir pada 19 Januari 2024 oleh Perhimpunan Agung PBB.
Dari Januari 2019 hingga Januari 2020, beliau juga secara serentak berkhidmat sebagai pemangku ketua pengarah Pejabat PBB di Nairobi (UNON). Beliau menyandang tahap Pembantu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Sistem PBB dan menduduki Lembaga Ketua Eksekutif PBB bagi Penyelarasan dan Kumpulan Pengurusan Kanan Setiausaha Agung.
Sebelum pelantikan beliau sebagai pengarah eksekutif UN Habitat, Maimunah pernah menjadi Datuk Bandar Pulau Pinang, Malaysia. Sebelum itu, beliau ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dari 2011, dan merupakan wanita pertama dilantik mengetuai sesebuah kerajaan tempatan.
Bermula 15 Ogos 2024, Maimunah mula berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.