Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Nairobi
Флаги государств-членов Организации Объединённых Наций, Найроби | |
| Kerangka | |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Pejabat |
| Tapak web | www |
| Pengurusan | |
| Pemilik | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
| Zainab Bangura | |
| Lokasi | |
| Kedudukan dalam Kenya | |
| Lokasi | |
| Koordinat | 1°14′05″S 36°48′59″E / 1.2346°S 36.8164°E |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Nairobi (PPBBN, atau UNON) yang terletak di Nairobi, ibu negara Kenya, adalah salah satu daripada empat tapak pejabat utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana pelbagai agensi PBB mempunyai perwakilan bersama. Ditubuhkan pada tahun 1996, ia ibu pejabat rasmi PBB di Afrika.
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Nairobi juga menjadi tuan rumah ibu pejabat sejagat untuk dua program: Program Alam Sekitar PBB (UNEP) dan Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat).
Pada November 2004, Majlis Keselamatan PBB mengadakan sesi yang jarang berlaku di Nairobi untuk membincangkan konflik bersenjata di selatan dan barat Sudan yang merupakan fasa Perang Saudara Sudan Kedua. Mesyuarat itu diadakan atas desakan Duta Besar Amerika Syarikat ketika itu, John Danforth .