Maika Holdings Berhad

Maika Holdings Berhad merupakan satu syarikat pegangan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pembinaan, kejuruteraan awam, perhubungan data satelit dan lain-lain melalui anak-anak syarikatnya. Ia dimiliki oleh Kongres India Malaysia (MIC), parti politik komponen kerajaan Barisan Nasional.