Mahmood bin Sulaiman
Mahmood bin Sulaiman SPMT, AMN | |
|---|---|
| Menteri Besar Terengganu | |
| Dalam jawatan 01 Oktober 1969 – 03 September 1972 | |
| Didahului oleh | Ibrahim Fikri bin Mohammad |
| Digantikan oleh | Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 17 Jun 1929 Kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu |
| Parti politik | Perikatan ( UMNO) |
| Pasangan | To' Puan Che Zaharah Abdullah |
Dato' Mahmood bin Sulaiman (lahir 17 Jun 1929) merupakan bekas Menteri Besar Terengganu. Beliau berkhidmat antara 01 Oktober 1969 - 03 September 1972.
Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kuala Berang, kemudian di Madrasah Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1952, beliau menjadi guru agama di Sekolah Melayu Kuala Berang.