Mahkamah Agung Kanada
| Mahkamah Agung Kanada محكمه اڬوڠ كنادا | |
|---|---|
| Cour suprême du Canada (Perancis) Supreme Court of Canada (Inggeris) | |
Bangunan Mahkamah Agung | |
Papan tanda mahkamah dalam dwibahasa | |
| Maklumat umum | |
| Ditubuhkan | 8 April 1875 |
| Bidang kuasa | Kanada |
| Lokasi | Ottawa, Ontario |
| Koordinat | 45°25′19″N 75°42′20″W / 45.42194°N 75.70556°W |
| Kaedah komposisi | Pelantikan kehakiman |
| Diberi kuasa oleh | Akta Perlembagaan 1867, Akta Mahkamah Agung 1875 |
| Tempoh penggal hakim | Persaraan mandatori pada usia 75 tahun |
| Bil. jawatan | 9 |
| Bahasa | Inggeris dan Perancis |
| Tapak web | www |
| Ketua Hakim Kanada | |
| Penyandang terkini | Richard Wagner |
| Sejak | 18 Disember 2017 |
| Penggal akhir bagi jawatan utama | 2 April 2032 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Mahkamah Agung Kanada ialah mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman di Kanada. Ia terdiri daripada sembilan orang hakim, di mana keputusan mereka adalah yang terutama bagi undang-undang Kanada dan memberi kebenaran bagi 40 hingga 75 litigan setiap tahun untuk merayu keputusan-keputusan yang diberikan oleh mahkamah-mahkamah rayuan provinsi, wilayah dan persekutuan. Mahkamah Agung merupakan dwikehakiman, yang mendengar kes-kes daripada dua tradisi undang-undang (common law dan undang-undang sivil) dan dwibahasa, di mana pendengaran kes dibuat dalam kedua-dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Perancis yang merupakan bahasa rasmi Kanada.