Maharaja Qianlong
| Maharaja Qianlong 乾隆帝 | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Maharaja Qing China ke-6 | |||||||||||||
| Pemerintahan | 8 Oktober 1735 – 9 Februari 1796 (60 tahun, 124 hari) | ||||||||||||
| Didahului oleh | Maharaja Yongzheng | ||||||||||||
| Diikuti oleh | Maharaja Jiaqing | ||||||||||||
| Tempoh pemerintahan | 8 Oktober 1735 – 7 Februari 1799 (63 tahun, 122 hari) | ||||||||||||
| Keputeraan | 25 September 1711 | ||||||||||||
| Kemangkatan | 7 Februari 1799 (umur 87) | ||||||||||||
| Pemakaman | Makam Qing Timur, Zunhua | ||||||||||||
| Maharani | Maharani Xiaoxianchun Ulanara, si Maharani Tiri Maharani Xiaoyichun | ||||||||||||
| Imperial Noble Consort | Imperial Noble Consort Huixian Imperial Noble Consort Chunhui Imperial Noble Consort Qinggong Imperial Noble Consort Jiwen Imperial Noble Consort Shujia | ||||||||||||
| Anakanda antara lain... | Yonghuang Yonglian Kurun Princess Hejing Yongzhang Yongcheng Yongqi Yongrong Heshuo Princess Hejia Yongcong Yongxuan Yongxing Yongqi Yongjing Kurun Princess Hejing Yonglu Heshuo Princess Heke Yongyan Yonglin Kurun Princess Hexiao | ||||||||||||
| |||||||||||||
| Kerabat | Kerabat Aisin-Gioro(爱新觉罗) | ||||||||||||
| Ayahanda | Maharaja Yongzheng | ||||||||||||
| Bonda | Maharani Xiaoshengxian | ||||||||||||
Maharaja Qianlong (sebutan bahasa Mandarin: [tɕʰi̯ɛ̌n lu̯ə̌ŋ tɨ̂]) (Bahasa Cina: 乾隆帝; pinyin: Qiánlóngdì; Wade-Giles: Ch'ien-lung Ti; Mongolian: Тэнгэрийг Тэтгэгч хаан, Manchu: ᠠᠪᡴᠠᡳ ᠸᡝᡥᡳᠶᡝᡥᡝ Abkai Wehiyehe hūwangdi, Tibetan: ཆན་ལུང་། lha skyong rgyal po, born Hongli (Bahasa Cina: 弘曆; bahasa Manchu: ᡥᡠᠩ ᠯᡳ ;transliterasi Möllendorff: hung li), 25 September 1711 – 7 Februari 1799) merupakan maharaja ke-6 dari dinasti Qing dan maharaja Qing ke-4 yang memerintah di tanah besar China. Baginda merupakan anak lelaki ke-4 bagi Maharaja Yongzheng, dan memerintah secara rasminya bermua pada 11 Oktober 1735 sehingga 8 Februari 1796. Pada 8 Februari, baginda telah turun dari takhta bagi memberi peluang kepada anak lelaki baginda , Maharaja Jiaqing – bagi memenuhi janji baginda bahawa baginda tidak akan memerintah lebih lama dari datuk baginda, Maharaja Kangxi. Meskipun telah bersara, baginda masih mengekalkan kuasa mutlak sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1799. Meskipun pada tahun-tahun awal pemerintahan baginda mewarisi kelangsungan era kekayaan di China, hari-hari terakhir baginda menyaksikan pebagai masalah yang melanda di tanah air dan Empayar Qing.