Magi: The Labyrinth of Magic

Magi: The Labyrinth of Magic
マギ
(Magi)
Genre
Manga
PengarangShinobu Ohtaka
PenerbitShogakukan
Penerbit Lain
Madman Entertainment
Shogakukan Asia
DemografikShōnen
PencetakanShōnen Sunday Comics
Majalah AsalShōnen Ahad Mingguan
Tarikh Pengeluaran3 Jun 200911 Oktober 2017
Jilid37
Siri televisyen anime
Magi: The Labyrinth of Magic
PengarahKōji Masunari
Penerbit
  • Hiroo Maruyama
  • Tomoyuki Saitō
  • Tomonori Ochikoshi
  • Hiroyuki Shimizu
  • Shunsuke Saitō
Skrip/PenulisHiroyuki Yoshino
Lagu/MuzikShirō Sagisu
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan oleh
Kazé UK
Penyiaran AsalJNN (MBS)
Penyiaran bahasa Inggeris
Neon Alley
Tarikh tayangan7 Oktober 201231 Mac 2013
Episod25
Siri televisyen anime
Magi: The Kingdom of Magic
PengarahKōji Masunari
Penerbit
  • Hiroo Maruyama
  • Tomoyuki Saitō
  • Tomonori Ochikoshi
  • Hiroyuki Shimizu
  • Shunsuke Saitō
  • Toshihiro Maeda
Skrip/PenulisHiroyuki Yoshino
Lagu/MuzikShirō Sagisu
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan oleh
Madman Entertainment
Aniplex of America
Kazé UK
Penyiaran AsalJNN (MBS)
Penyiaran bahasa Inggeris
Neon Alley
Tarikh tayangan6 Oktober 201330 Mac 2014
Episod25
Terbitan turunan
  • Magi: Adventure of Sinbad (2013–2018)

Magi: The Labyrinth of Magic (マギ, Magi) merupakan siri manga pengembaraan fantasi Jepun yang ditulis dan diilustrasi oleh Shinobu Ohtaka. Ia telah diterbitkan secara bersiri oleh Shogakukan di dalam majalah manga shōnen iaitu Shōnen Ahad Mingguan bermula Jun 2009 sehingga Oktober 2017, dengan bab-babnya dikumpul dan diterbitkan kepada 37 jilid tankōbon. Manga ini dilesenkan untuk pasaran bahasa Inggeris di Amerika Utara oleh Viz Media.

Sebuah adaptasi televisyen anime bertajuk Magi: The Labyrinth of Magic oleh A-1 Pictures telah disiarkan di Jepun bermula Oktober 2012 sehingga Mac 2013, diikuti dengan musim kedua yang bertajuk Magi: The Kingdom of Magic, disiarkan bermula pada Oktober 2013 sehingga Mac 2014. Siri anime ini dilesenkan di Amerika Utara oleh Aniplex of America. Ia juga turun dilesenkan oleh Kazé di United Kingdom dan oleh Madman Entertainment di Australia.

Sebuah siri ranting (spin-off), bertajuk Magi: Adventure of Sinbad, ditulis oleh Ohtaka dan diilustrasi oleh Yoshifumi Ohtera, telah diterbitkan secara bersiri di Shōnen Ahad Mingguan bermula Mei hingga Jun 2013, dan kemudiannya di laman web Shogakukan Ura Sunday bermula September 2013 sehingga April 2018.

Pada tahun 2014, Magi: The Labyrinth of Magic menerima Anugerah Manga Shogakukan ke-59 untuk kategori shōnen. Sehingga April 2018, manga ini mempunyai lebih 25 juta salinan dalam peredaran.