Magdalena Andersson

Magdalena Andersson
Andersson pada 2021
Perdana Menteri Sweden ke-34
Dalam jawatan
30 November 2021 – 18 Oktober 2022
RajaCarl XVI Gustaf
TimbalanMorgan Johansson
Didahului olehStefan Löfven
Digantikan olehUlf Kristersson
Pemimpin Parti Demokratik Sosial
Menyandang jawatan
4 November 2021
Setiausaha AgungTobias Baudin
Didahului olehStefan Löfven
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
3 Oktober 2014 – 30 November 2021
Perdana MenteriStefan Löfven
Didahului olehAnders Borg
Digantikan olehMikael Damberg
Ahli Riksdag
Menyandang jawatan
29 September 2014
Kawasan pilihan rayaDaerah Stockholm
Maklumat peribadi
Lahir
Eva Magdalena Andersson

(1967-01-23) 23 Januari 1967
Uppsala, Sweden
Parti politikDemokrat Sosial
PasanganRichard Friberg (k. 1997)
Anak2
PendidikanSekolah Ekonomi Stockholm

Eva Magdalena Andersson (sebutan Sweden: [eːva maɡdalena andɛʂɔn], lahir 23 Januari 1967) merupakan seorang ahli politik dan ahli ekonomi Sweden yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sweden dari November 2021 hingga Oktober 2022, dan sebagai ketua Parti Demokrasi Sosial sejak 4 November 2021.

Beliau menyertai Liga Belia Demokratik Sosial pada tahun 1983. Pada tahun 1992 beliau mendapat ijazah sarjana mudah dalam ekonomi di Sekolah Ekonomi Stockholm. Beliau berkhidmat sebagai penasihat dan pengarah perancangan dalam kabinet Göran Persson serta merupakan penasihat Mona Sahlin. Selepas pilihan raya 2014, Andersson telah dilantik sebagai ahli Riksdag dan menjadi Menteri Kewangan Sweden dalam kabinet Stefan Löfven. Selepas Löfven mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatannya pada Ogos 2021, beliau telah dilantik sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial.

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Sweden oleh Riksdag pada 29 November 2021. Sebelum itu, pada 24 November 2021, Riksdag telah melantiknya sebagai Perdana Menteri Sweden. tetapi kejatuhan parti campurannya dengan Parti Hijau yang berlaku selepas Riksdag menerima cadangan belanjawan pembangkang dan bukan cadangan bajet daripada parti campurannya menyebabkan Andersson meletak jawatan beberapa jam selepas pemilihannya sebagai perdana menteri.

Beliau menjadi Perdana Menteri negara Sweden yang pertama dari kaum wanita secara rasminya pada 30 November 2021 sekaligus menamatkan status Sweden sebagai satu-satunya negara Nordik yang tidak pernah mempunyai ketua pemerintahan yang lain jantina.