Made in Abyss

Made in Abyss (メイドインアビス, Meido in Abisu, Buatan Abis) merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasi oleh Akihito Tsukushi. Ia telah disirikan secara dalam talian menerusi penerbitan digital Web Comic Gamma Takeshobo sejak tahun 2012 dan telah dikumpulkan ke dalam 10 jilid tankōbon.

Kinema Citrus telah mengadaptasi bagi siri televisyen anime ini yang disiarkan dari 7 Julai hingga 29 September 2017. Filem sekuel pula telah ditayangkan di Jepun pada 17 Januari 2020. Ia pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan di luar negara pada 11 April 2020 namun telah ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 . Musim anime kedua akan ditayangkan pada tahun 2022.

Sebagai permainan video telah dbangunkan oleh Spike Chunsoft akan dikeluarkan pada konsol dan PC pada tahun 2022.

Kevin McMullin telah dilantik sebagai pengarah untuk pembikinan filem yang telah bermula pada tahun 2021.