Madarame Ikkaku

Watak Bleach
Ikkaku Madarame
Peranan Shinigami #3 dalam Divisyen ke-11
Tarikh lahir 9 November
Zanpakutō Hōzukimaru
Seiyū Nobuyuki Hiyama
Pelakon suara latar Vic Mignogna

Madarame Ikkaku (斑目 一角) ialah seorang watak fiksyen dalam siri anime dan manga Bleach yang dicipta oleh Tite Kubo. Dia merupakan seorang shinigami berkedudukan #3 daripada Divisyen ke-11 dalam Gotei 13. Kaptennya ialah Zaraki Kenpachi. Dia menduduki tempat ke-26 dalam bancian Shonen Jump yang ketiga.