Maahad Muhammadi Lelaki
| Maahad Muhammadi Lelaki المعهد المحمدي للبنين | |
|---|---|
| Lokasi | |
Maahad Muhammadi Lelaki المعهد المحمدي للبنين Lokasi di Malaysia | |
| Kota Bharu, Kelantan Malaysia | |
| Koordinat | 6°07′54″N 102°15′27″E / 6.131754°N 102.257491°E |
| Maklumat | |
| Jenis | Sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan negeri |
| Ditubuhkan | 1 April 1937 |
| Sesi | Satu |
| Kod sekolah | DXT 1018 |
| Pengetua | Shamirul Shamsuddin(sardini Mohammad) |
| Warna |
Merah, hijau, kuning & merah jambu |
| Buku tahunan | Al-Hikmah |
| Laman sesawang | Link |
Maahad Muhammadi Lelaki (MML) ialah sebuah sekolah menengah agama arab terkemuka di Kelantan yang terletak di jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan sebahagian daripada Maahad Muhammadi. Sekolah ini kini berada di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang berpusat di Nilam Puri. Sekolah ini menjalankan pendidikan multisistem atau lebih senang dikenali dengan istilah serampang dua mata dan mempunyai misi penting dalam menghasilkan intelektual berilmu agama di samping ilmu akademik yang membolehkan para pelajar berjaya di dunia dan akhirat.