MBDA MICA

MICA
Peluru berpandu MBDA MICA di pesawat Rafale-M Tentera Laut Perancis
Penerangan
Jenis Peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana
Pengeluar MBDA
Mula digunakan 1996 (MICA RF) & 2000 (MICA IR)
Variasi MICA RF dan MICA IR
Ciri-ciri umum
Panjang 3.1 m
Diameter 160 mm
Rentang sayap 560 mm
Berat peluru berpandu 112 kg
Berat kepala peledak 12 kg, serpihan tertumpu letupan kuat
Enjin SNPE
Kelajuan Mac 4
Ketinggian penerbangan 11,000 m
Jarak 0.5 - 60 km
Panduan Sistem panduan inersia, Panduan tuju radar aktif (MICA RF), Panduan tuju bayangan Inframerah (MICA IR)
Fius hentaman, berdekatan radar
Platfom pelancaran Dassault Rafale, Mirage 2000

MBDA MICA (Missile d’interception et de combat aérien, “Peluru berpandu pertempuran udara dan pemintas”) adalah sistem peluru berpandu anti-udara pelbagai sasaran, dalam semua keadaan cuaca dan tembak-dan-lupa. Ia digunakan oleh platfom pelancaran udara sebagai peluru berpandu persendirian dan juga oleh unit-unit di darat dan di atas kapal, yang mana boleh dilengkapi dengan Sistem Pelancaran Menegak MICA untuk tembakan pantas. Ia juga dipasangkan dengan sistem kawalan tujahan vektor (TVC).

Peluru berpandu ini dibangunkan sejak tahun 1982 oleh Matra. Ujian pertama dilakukan pada tahun 1991, dan ditauliahkan pada tahun 1996 pada pesawat Rafale dan Mirage 2000. Peluru berpandu ini menggantikan peluru berpandu Super 530 (pemintas) dan Magic II (pertempuran udara). Peluru berpandu ini boleh dilancarkan setiap selang masa 2 saat.