M. K. Stalin
M. K. Stalin | |
|---|---|
| Ketua Menteri Tamil Nadu ke-8 | |
| Menyandang jawatan 7 Mei 2021 | |
| Gabenor | Banwarilal Purohit (2021) R. N. Ravi (2021–Kini) |
| Didahului oleh | Edappadi K. Palaniswami |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Muthuvel Karunanidhi Stalin 1 Mac 1953 Madras, Negara Bahagian Madras (Kini dikenali sebagai Chennai, Tamil Nadu), India |
| Parti politik | Dravida Munnetra Kazhagam |
| Pasangan | Durga Stalin (k. 1975) |
| Anak | 2, termasuk Udhayanidhi |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Keluarga Karunanidhi |
| Kediaman | 25/9, Chittaranjan Road, Alwarpet, Chennai, Tamil Nadu, India |
| Pendidikan | Sarjana Muda Sastera |
| Tempat belajar | Kolej Presidency, Chennai |
| Pekerjaan | Politikus |
| Tandatangan | Tandatangan |
| Laman web | mkstalin |
| Nama panggilan | MKS |
Muthuvel Karunanidhi Stalin (Tamil:முத்துவேல் கருணாநிதி ஸ்டாலின்,lahir pada 1 Mac 1953) atau dikenali sebagai M.K. Stalin ialah seorang ahli politik India dan bekas pelakon yang kini berkhidmat sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu ke-8 sejak tahun 2021. Beliau merupakan anak ketiga kepada bekas Ketua Menteri M. Karunanidhi, dan anaknya Udhayanidhi berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri negeri di bawah kepimpinannya.
Stalin telah menjadi Presiden parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) sejak 28 Ogos 2018, selepas berkhidmat sebagai Pemangku Presiden parti dari Januari 2017 hingga Ogos 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Chennai ke-45 dari tahun 1996 hingga 2002 dan Timbalan Ketua Menteri Tamil Nadu yang pertama dari tahun 2009 hingga 2011.