M. G. Ramachandran

M. G. Ramachandran
Kelahiran
Maruthur Gopalan Menon Ramachandran

(1917-01-17)17 Januari 1917
(Nawalapitiya, Ceylon British)
Meninggal dunia24 Disember 1987(1987-12-24) (umur 70)
Madras, Tamil Nadu, India
Nama lainMGR, Puratchi Thalaivar
PekerjaanPelakon, ahli politik, penerbit, pengarah
Tahun aktif1935–1984 (pelakon)
1953–1987 (ahli politik)
PejabatKetua Menteri Tamil Nadu ke-5, ke-6 dan ke-7
PasanganThangamani (meninggal pada 1942)
Sathanandavathi (meninggal pada 1962)
V. N. Janaki (meninggal pada 1996)
Anak-anakSurendran
SaudaraM. G. Chakrapani (Saudara)
AnugerahBharat Ratna (1988)

Maruthur Gopala Ramachandran (17 Januari 1917 - 24 Disember 1987), yang lebih dikenali dengan singkatan namanya M.G.R. dan gelaran Makkal Thilagam/Puratchi Thalaivar, ialah seorang pelakon, ahli politik, dan dermawan India yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu dari tahun 1977 hingga kematiannya pada tahun 1987. Beliau ialah pengasas dan bekas setiausaha agung All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam. On 19 March 1988, M.G.R. was posthumously awarded the Bharat Ratna, India's highest civilian honour. M.G.R. is regarded as one of the most influential politicians of post-independence India. Selain daripada bidang politik, sebagai seorang tokoh filem, beliau memenangi Anugerah Filem Kebangsaan, tiga Anugerah Filem Negeri Tamil Nadu, dan tiga Anugerah Filmfare Selatan.

Beliau ialah ikon kebudayaan di negeri ini dan dianggap sebagai pelakon paling berpengaruh di pawagam Tamil..Semasa zaman mudanya, M.G.R. dan abangnya M. G. Chakrapani menyertai sebuah kumpulan drama untuk menyara keluarga mereka. Dipengaruhi oleh idealisme Gandhian, M.G.R. menyertai Kongres Kebangsaan India. Selepas beberapa tahun berlakon dalam pementasan, beliau membuat penampilan sulung dalam filem pada tahun 1936 menerusi filem Sathi Leelavathi dalam peranan pembantu. Menjelang akhir tahun 1940-an, beliau telah beralih kepada watak utama. M.G.R. merupakan salah satu daripada "tiga nama terbesar dalam sinema Tamil", bersama Sivaji Ganesan dan Gemini Ganesan.Sivaji Ganesan cemerlang dalam filem-filem berunsur drama, Gemini Ganesan dikenali dengan filem-filem romantiknya, manakala M.G.R. pula terkenal sebagai hero aksi.

M.G.R. menjadi ahli Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) yang dipimpin oleh C. N. Annadurai dan naik pangkat dalam parti tersebut, menggunakan popularitinya sebagai bintang filem untuk membina asas politik. Pada tahun 1972, tiga tahun selepas kematian Annadurai, beliau meninggalkan DMK sebagai bendaharinya, yang ketika itu dipimpin oleh M. Karunanidhi yang dilantik sebagai ketua menteri olehnya, untuk menubuhkan partinya sendiri—All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK).Lima tahun kemudian, M.G.R. memimpin Gabungan pimpinan AIADMK meraih kemenangan dalam pilihan raya 1977, sekali gus menewaskan DMK. Beliau menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu, merupakan pelakon filem pertama yang dilantik sebagai ketua menteri di India. Kecuali bagi tempoh peralihan selama empat bulan pada tahun 1980, apabila pemerintahannya digulingkan oleh kerajaan India yang dipimpin oleh Indira Gandhi, beliau kekal sebagai ketua menteri sehingga kematiannya pada tahun 1987, dan mengetuai AIADMK memenangi dua lagi pilihan raya pada tahun 1980 dan 1984.

Pada Oktober 1984, M.G.R. telah disahkan menghidap Kegagalan ginjal akibat Penyakit kencing manis. Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1987 di kediamannya, M.G.R. Thottam di Ramapuram, selepas mengalami sakit yang berpanjangan.mAutobiografi Ramachandran Naan Yaen Piranthaen (Mengapa Saya Dilahirkan) diterbitkan pada tahun 2003 dalam dua jilid.