Sivaji Ganesan

Sivaji Ganesan
Kelahiran
Villuppuram Chinnaiahpillai Ganesan

(1928-10-01)1 Oktober 1928
Villuppuram, Tamil Nadu, India
Meninggal dunia21 Julai 2001(2001-07-21) (umur 72)
Nama lainNadigar Thilagam
Tahun aktif1952–1999
PasanganKamala Ganesan
Anak-anakRamkumar Ganesan, Prabhu Ganesan, Shanthi and Thenmozhi
AnugerahPadma Bhushan, Dada Saheb Phalke Award, NTR National Award, ChevalierTemplat:Disambiguation needed
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "origin"

Viluppuram Chinnaiahpillai Ganesan Manrayar ataupun dikenali sebagai Sivaji Ganesan (1 Oktober 1928 – 21 Julai 2001), merupakan pelakon filem India yang terkenal dan aktif pada akhir abad ke-20. Beliau merupakan salah satu pelakon terbaik yang pernah lahir di India. Beliau berlakon semasa zaman emas filem Tamil. Beliau telah berlakon dalam lebih 300 filem dalam filem Tamil, Malayalam , Kannada, Telugu dan Hindi. Sivaji Ganesan merupakan pelakon India pertama yang memenangi anugerah pelakon terbaik di peringkat antarabangsa melalui Festival Filem Afro-Asian pada tahun 1960 di Cairo. Kebanyakan pelakon India Selatan menjadikan beliau sebagai idol.. Beliau juga merupakan pelakon pertama India yang dianugerahkan Chevalier of the Ordre des Arts et des Lettres. Ganesan dikenang sebagai tokoh ikonik Sinema Tamil.