Lucas Hernández

Lucas Hernández
Hernandez bersama FC Bayern Munich pada tahun 2022
Maklumat peribadi
Nama penuh Lucas François Bernard Hernández
Tarikh lahir (1996-02-14) 14 Februari 1996
Tempat lahir Marseille, Perancis
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 21
Kerjaya remaja
2005–2007 Rayo Majadahonda
2007–2014 Atlético Madrid
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2015 Atlético Madrid B 21 (1)
2014–2019 Atlético Madrid 67 (1)
2019–2023 Bayern Munich 74 (0)
2023– Paris Saint-Germain 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2012 Perancis B16 1 (0)
2014 Perancis B18 2 (0)
2014–2015 Perancis B19 13 (0)
2015 Perancis B20 3 (0)
2016–2017 Perancis B21 9 (0)
2018– Perancis 34 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 04:54, 20 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2023

Lucas François Bernard Hernández (Perancis: [lukas ɛʁnɑ̃dɛz, - ɛʁnandɛs]; lahir 14 Februari 1996) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Perancis.

Hernández memulakan kerjayanya bersama kelab Atlético Madrid sebelum beliau tampil melakukan 100 kemunculan untuk kelab itu termasuklah beraksi di perlawanan akhir Liga Europa dan Piala Super UEFA pada tahun 2018. Beliau juga merupakan pemain antarabangsa skuad senior Perancis sejak tahun 2018 dan sebahagian daripada pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2018.