Lotte Corporation

Lotte Corporation
Nama asli
  • ロッテグループ 롯데 그룹
Dinamakan sempenaCharlotte Buff 
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiKRX: 004990
IndustriKonglomerat
PendahuluLotte Confectionery
Ditubuhkan24 Mac 1967 (1967-03-24)
PengasasShin Kyuk-ho
Ibu pejabatDaerah Songpa, Seoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatan
Tokoh penting
  • Shin Kyuk-ho
  • Shin Dong-bin
Perkhidmatan
Hasil67,418,470 juta (2011)
Pendapatan kendalian
  • ₩3,639,000,000,000 (2014)
  • ₩5,626,487,000,000 (2011)
Pendapatan bersih₩3,289,570 juta (2011)
Bilangan kakitangan60,000 
Syarikat indukLotte Holdings 
Anak syarikat
  • Lotte Confectionery
  • Lotte Shopping
  • dsb.
Tapak webwww.lotte.co.kr
sunting · sunting di Wikidata
Lotte Corporation
Nama bahasa Korea
Hangul
롯데 그룹
Perumian SemakanRotdegeurup
McCune–ReischauerRottegŭrup, Rotte-kŭrup

Lotte Corporation (Korea롯데 그룹), ialah konglomerat multinasional Jepun dan Korea. Lotte memulakan sejarahnya pada 28 Jun 1948 di Tokyo oleh ahli perniagaan Jepun-Korea Shin Kyuk-ho. Shin memperluaskan Lotte ke negara leluhurnya, Korea Selatan dengan penubuhan Lotte Confectionery di Seoul pada 3 April 1967. Lotte akhirnya berkembang menjadi konglomerat perniagaan kelima terbesar di Korea Selatan.

Lotte terdiri daripada lebih daripada 90 unit perniagaan yang mempekerjakan 60,000 orang yang terlibat dalam pelbagai industri seperti pembuatan gula-gula, minuman, hotel, makanan segera, peruncitan, perkhidmatan kewangan, bahan kimia berat, elektronik, IT, pembinaan, penerbitan dan hiburan. Lotte menjalankan perniagaan tambahan di China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, India, Amerika Syarikat, United Kingdom,Rusia, Filipina, Pakistan dan Poland (Lotte membeli syarikat konfeksioneri terbesar Poland, Wedel dari Kraft Foods pada Jun 2010). Hari ini, Lotte merupakan pengeluar biskut terbesar di Korea Selatan.