Jambatan London

Jambatan London
London Bridge
Pemandangan Jambatan London pada waktu senja.
Maklumat umum
EtimologiLondon
MembawaA3 5 lorong
Diselenggarakan olehBridge House Estates (lihat Amanah Jambatan Bandaraya, Perbadanan Bandaraya London)
Ciri-ciri
Reka bentukkonkrit pra-tegasan jambatan galang kotak
BahanKonkrit prategasankonkrit diperkukuhkan
Panjang keseluruhan ()262 m (860 kaki)
Lebar ()32 m (107 kaki)
Tinggi ()16 m
Rentangan terpanjang104 m (340 kaki)
Kelegaan bawah ()8.9 m (29 kaki)
Sejarah
Mula dibina pada16 Mac 1973
Dibuka pada17 Mac 1973
Dirasmikan1973
MenggantikanNew London Bridge (en)
Maklumat lokasi
LokasiTengah London
NegaraUnited Kingdom
MenyeberangiSungai Thames
Hulu sungai berikutnyaCannon Street Railway Bridge (en)
Hilir sungai berikutnyaJambatan Menara
51°30′29″N 0°05′16″W / 51.5081°N 0.0878°W / 51.5081; -0.0878
sunting · sunting di Wikidata

Jambatan London adalah sebuah jambatan yang terletak di antara Bandaraya London dan Southwark di London, England yang merentasi Sungai Thames. Terletak di antara jambatan keretapi Jalan Cannon dan Jambatan Menara, ia membentuk penghujung Barat bagi Kolam London. Di bahagian selatan jambatan terdapat Gereja Besar Southwark dan Stesen Jambatan London manakala ke arah utara pula terdapat Monumen Kebakaran Besar London dan stesen tiub Monument. Ia merupakan satu-satunya jambatan yang merentasi Sungai Thames ke arah hilir Kingston sehingga Jambatan Westminster dibuka pada tahun 1750.

Jambatan ini merupakan sebahagian daripada jaringan jalan A3, yang diselenggara oleh Lembaga London Raya; serta jambatan ini dimiliki dan diselenggara oleh Bridge House Estates, sebuah badan kebajikan bebas yang diuruskan oleh Perbadanan Bandaraya London.

Jambatan Menara sering kali disalah rujuk sebagai Jambatan London. Kawasan di antara Jambatan London dan Jambatan Menara di selatan Sungai Thames diuruskan oleh London Bridge Business Improvement District (BID) Company.