Jambatan Menara

Jambatan Menara
جمبتن منارا
Tower Bridge
Jambatan Menara pada waktu senja
Maklumat umum
EtimologiMenara London
MembawaJalan Lingkaran Dalam London
Disenggarakan olehBridge House Estates
Status warisanBangunan terpelihara Gred I
Tapak sesawanghttps://www.towerbridge.org.uk/
Ciri-ciri
Reka bentukImbang/gantung
Gaya seni binaKebangkitan Goth
BahanKeluligranitkonkrit
Panjang keseluruhan ()800 kaki (240 m)
Tinggi ()213 kaki (65 m)
Rentangan terpanjang270 ft dan 61 m
Kelegaan bawah ()8.6 m dan 42.5 m
Sejarah
ArkitekHorace Jones
Mula dibina pada21 Jun 1886 (1886-06-21)
Siap dibina pada1894
Dibuka pada30 Jun 1894 (1894-06-30)
Dirasmikan30 Jun 1894
Maklumat lokasi
LokasiBoro London:
– sebelah utara: Tower Hamlets
– sebelah selatan: Southwark
NegaraUnited Kingdom
MenyeberangiSungai Thames
Didahului olehMenara London
Diikuti olehJambatan Elizabeth II
Rujukan grid OSTQ3367180267
51°30′20″N 0°04′31″W / 51.50556°N 0.07528°W / 51.50556; -0.07528
sunting · sunting di Wikidata

Jambatan Menara adalah sebuah jambatan imbang dan gantung yang terletak di London, England. Jambatan ini merentasi Sungai Thames dan berada berdekatan dengan Menara London, dan ia merupakan salah satu daripada lima jambatan di London yang dimiliki dan diselenggara oleh Bridge House Estates, suatu amanah kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 1282.

Dibina di antara tahun 1886 hingga 1894, jambatan ini direka bentuk oleh Horace Jones, dijuruterakan oleh John Wolfe Barry dengan bantuan Henry Marc Brunel. Jambatan Menara dibina bagi memberi capaian yang lebih baik ke East End, yang telah mengembangkan keupayaan komersialnya pada abad ke-19. Jambatan ini telah dibuka oleh Edward VII, Putera Wales dan Alexandra, Puteri Wales pada tahun 1894.

Panjang Jambatan Menara ialah 800 kaki (240 m) dan terdiri daripada dua menara jambatan dengan ketinggian 213 kaki (65 m). Menara berkembar tersebut dihubungkan dengan dua laluan pejalan kaki di aras atas dan sepasang jambatan imbang di tengahnya, yang boleh diangkat bagi membenarkan laluan untuk kapal. Asalnya jambatan ini dikuasakan secara hidraulik dan mekanisme pengendaliannya ditukar kepada sistem elektrohidraulik pada 1972. Jambatan Menara menjadi sebahagian daripada Jalan Lingkaran Dalam London A100 dan dengan itu menjadi sempadan bagi zon bayaran kesesakan London. Dek jambatan ini boleh dicapai secara bebas kepada kenderaan dan pejalan kaki, di mana menara berkembarnya, laluan pejalan kaki di aras atas dan bilik enjin zaman Victoria membentuk sebahagian daripada Pameran Jambatan Menara.

Jambatan Menara menjadi salah satu mercu tanda terkenal di London. Ia kadang-kala dikelirukan dengan Jambatan London yang terletak kira-kira 0.5 batu (800 m) ke hulu sungai Thames.