Living Things
| Living Things | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 20 Jun 2012 (sila rujuk sejarah pelancaran) | |||
| Dirakamkan pada | 2011–2012 di NRG Recording Studios (Hollywood Utara, California) | |||
| Tempat | Amerika Syarikat | |||
| Genre | Rock alternatif, rock elektronik, rap rock | |||
| Panjang | 36:58 | |||
| Bahasa | Bahasa Inggeris | |||
| Syarikat | Warner Bros. | |||
| Penerbit | Rick Rubin, Mike Shinoda | |||
| Kronologi Album studio Linkin Park | ||||
| ||||
| Single daripada Living Things | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Living Things (makna harfiah: Benda Hidup) merupakan album studio kelima bagi kumpulan rock Amerika Linkin Park. Ia dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Jun 2012 oleh Warner Bros. Records. Penerbitan dilakukan oleh vokalis Mike Shinoda dan Rick Rubin, yang mana kedua-duanya bekerjasama menerbitkan dua album terdahulu kumpulan ini iaitu Minutes to Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010). Mike Shinoda menyatakan bahawa mereka memilih tajuk Living Things (harfiah: Benda Hidup) kerana album ini ialah mengenai manusia, interaksi peribadi, dan ia jauh lebih peribadi daripada album-album mereka yang lepas.
Kumpulan ini menyatakan bahawa Living Things menggabungkan unsur-unsur daripada keempat-empat album mereka yang lepas untuk menghasilkan satu bunyi baharu. Mereka menyatakan bahawa mereka akhirnya berasakan berada dalam "bidang yang dikenali" serta "selesa dalam kepompong [mereka] sendiri" setelah bertahun-tahun cuba bereksperimentasi yang menghasilkan dua album terdahulu mereka, Minutes to Midnight dan A Thousand Suns.
Single pertama mereka bagi album ini, "Burn It Down", mula diudarakan di radio serta dilancarkan oleh pengedar muzik digital pada 16 April 2012.