Mike Shinoda
Mike Shinoda LHD | |
|---|---|
Shinoda di World Expo 2008 | |
| Kelahiran | Michael Kenji Shinoda 11 Februari 1977 Agoura Hills, California, Amerika Syarikat |
| Pekerjaan | Pemuzik, penyanyi rap, gitaris, penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, komposer, artis visual, pengurus, komposer filem |
| Tahun aktif | 1994–kini |
| Pasangan | Anna Hillinger (k. 2003) |
| Anak-anak | 2 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik |
|
| Diskografi | Karya terkenal |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan |
|
| Laman web rasmi | mikeshinoda |
| Tandatangan | |
Michael Kenji "Mike" Shinoda (篠田 賢治, Shinoda Kenji) (/ʃɪˈnoʊdə/; lahir 11 Februari 1977) ialah seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu, penyanyi rap, penerbit rakaman, pereka grafik, artis visual, pengurus dan penggubah filem berdarah kacukan Jepun-Amerika yang berasal dari Agoura Hills, California, Amerika Syarikat. Beliau mengasaskan kumpulan Linkin Park pada 1996 dan merupakan penyanyi, pemain gitar dan pemain papan nada selaku ketua utama bagi kumpulan ini. Beliau kemudiannya mewujudkan projek hip hop sampingan, Fort Minor pada 2004. Beliau bertindak sebagai penerbit untuk album dan runut oleh Lupe Fiasco, Styles of Beyond dan The X-Ecutioners.
Shinoda juga pengasas syarikat rakaman Machine Shop Recordings yang beroperasi di California. Di luar bidang muzik, beliau juga ialah seorang pereka grafik dan artis. Beliau telah melukis beberapa karyanya yang dipamerkan di Muzium Kebangsaan Jepun Amerika.