Linguine

Linguine
Nama alternatifTrenette, bavette dan burmingham
JenisPasta
Tempat asalItali
Kawasan/rantauLiguria
Bahan yang biasa digunakanTepung 
Keragaman/variasiLinguettine
sunting · sunting di Wikidata

Linguine (sebutan bahasa Itali: [liŋˈɡwiːne], English: /lɪŋˈɡwn/; Jawi: ليڠڬوءيني) ialah sejenis pasta - seperti fettuccine dan trenette, tetapi keratan rentasnya adalah elips bukannya leper. Ia kira-kira 4 milimeter (0.16 in) lebar, yang lebih lebar daripada spaghetti tetapi tidak selebar fettuccine. Nama linguine bermaksud "lidah kecil" dalam bahasa Itali, iaitu kata jamak feminin bagi linguina. Linguine juga dikenali sebagai trenette atau bavette. Linguine versi nipis dipanggil linguettine.