Fettuccine

Fettuccine
Fettuccine segar
Nama alternatifFettucce, fettuccelle
JenisPasta
Tempat asalItali
Bahan utamaTepung, telur
sunting · sunting di Wikidata

Fettuccine (disebut [fettutˈtʃiːne]; harfiahnya "reben kecil" dalam bahasa Itali; tunggal fettuccina) adalah sejenis pasta popular dalam masakan Itali dan Tuscan. Ia adalah mi tebal leper diperbuat daripada telur dan tepung (biasanya satu telur bagi setiap 100g tepung), lebih lebar tetapi serupa dengan tagliatelle yang biasa di Bologna.Ia sering dimakan dengan sugo d'umido (ragù daging lembu) dan ragu di pollo (ragù ayam).

Fettuccine secara tradisinya dibuat segar (sama ada di rumah atau secara komersial) tetapi fettuccine kering juga boleh dibeli di kedai-kedai.

Fettuccine bayam (berwarna hijau) diperbuat daripada bayam, tepung, dan telur.