Linda Onn

Linda Onn
Kelahiran
Rozlindah binti Onn

(1977-11-26) 26 November 1977
Kerakyatan Malaysia
PekerjaanPenyampai radio, pengacara, pelakon, usahawan, penyanyi
Tahun aktif1998–kini
Majikan
PasanganUngku Azhar (k. 2013)
Anak-anak1

Rozlindah Onn (lahir 26 November 1977) merupakan seorang penyampai radio, pengacara televisyen, pelakon dan usahawan wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Era (1998-2008), Sinar (2009-10), Suria (2010-16) dan Kool FM (2018-20). Beliau juga mengusahakan perniagaan nasi ayam, My Mom Chicken Rice. Setakat ini MMCR telah mempunyai empat cawangan. Selain berniaga, berlakon, dan DJ, Linda juga berjinak-jinak dalam nyanyian dan pengacaraan.