Liga Super Eropah

Liga Super Eropah
Liga Super
European Super League Company
Ditubuhkan18 April 2021 (2021-04-18)
KawasanEropah
Jumlah pasukan20
Moto"The best clubs. The best players. Every week." (Kelab-kelab terbaik. Pemain-pemain terbaik. Setiap minggu.)
Laman sesawangTapak sesawang rasmi

Liga Super Eropah (Bahasa Inggeris: European Super League, nama rasmi: European Super League Company, S.L.) juga dikenali sebagai The Super League ("Liga Super" atau "Liga Adi") ialah suatu pertandingan bola sepak antara kelab tahunan yang dirancang penyertaan oleh 12 buah kelab se-Eropah; pengadaan acara ini bertujuan menyaingi atau menggantikan Liga Juara-Juara UEFA. Florentino Pérez dilantik sebagai pengerusi pertama pertubuhan yang menguruskan pertandingan ini.

Walau bagaimanapun, perancangan ini segera mendapat tentangan keras dari banyak pihak termasuk para peminat, pemain, kelab-kelab sehingga setinggi badan persatuan (termasuk FIFA dan UEFA) serta pemerintah-pemerintah negara. kerana keadaan yang mengalakkan pengurangan persaingan serta menimbulkan rasa elitisme. Tentangan hebat ini menyebabkan kesemua kelab England menarik diri dari keanggotaan ini. Pada 21 April 2021, liga ini mengumumkan bahawa ia akan menggantungkan operasinya.